Apakah Itu Geran atau Hakmilik??
Kita selalu mendengar perkataan ini baik di kampung mahupun di bandar terutama sekali apabila sesuatu transaksi akan dilakukan terhadap hartanah sama ada ianya akan dijual , dibeli atau diwasiatkan dan lain-lain .
mari kita baca , latar belakang dokumen 'ajaib' ini.
DIMULAKAN AL-KISAHNYA BEGINI.........
sistem hakmilik ini juga dikenali sebagai sistem "torrens". Ianya diperkenalkan oleh Sir Robert torrens .
sistem ini menekan bahawa hak kepunyaan tuan tanah akan dibuktikan dengan pendaftaran nama pemilik di pejabat tanah dan nama pemilik tertera di dalam regan tersebut.
Oleh itu kehakpunyaan adalah tidak akan dapat disangkal lagi .
selain itu juga sistem ini dapat memaparkan segala transaksi yang telah dijalankan di atas hartanah tersebut.